Garis kasar buku Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang

Teknik-teknik asas untuk memperlakukan orang

  • Jangan mengkritik, mengutuk, atau merungut.
  • Berikanlah orang perasaan membanggakan diri; pujikanlah bahagian-bahaagian mereka yang baik.
  • Buatkanlah orang lain ingin membuat apa yang anda mengkehendaki melalui membangkitkan keinginan mereka.Layanan yang baik serta pujian agar dapat membuat orang lain percaya

6 cara untuk menyebabkan orang suka akan anda

  • Minatlah secara jujur terhadap orang-orang lain.
  • Senyum.
  • Ingat dan gunakanlah nama-nama orang.
  • Galakkanlah orang-orang lain untuk bercakap tentang diri mereka, dan dengarlah mereka.
  • Bincangkanlah tentang apa yang orang itu minat.
  • Buatkanlah orang itu berasa penting.

13 cara untuk memujuk orang supaya bersetuju dengan fikiran anda

  • Elakkanlah pertengkaran.
  • Tunjukkanlah rasa hormat terhadap pendapat-pendapat orang itu. Jangan sekali pun mengatakan dia salah.
  • Pilihlah sikap anda sebelum memulakan perbualan dan sesuaikanlah sikap anda semasa perbualan supaya orang itu dapat berasa bahawa anda bersetuju dengan cara pemikirannya.
  • Jika anda bersalah, akulah dengan cepat dan tegas.
  • Mulakanlah perbualan dengan cara yang ramah.
  • Mulakanlah perbualan dengan soalan yang orang itu akan menjawab dengan "ya".
  • Biarlah orang itu membuat percakapan.
  • Biarlah orang itu berasa idea ialah ideanya.
  • Cubalah dengan jujur untuk melihat perkara-perkara dari sudut pandangan orang itu.
  • Bersimpatilah dengan orang itu.
  • Sandarkanlah kepada tujuan-tujuan yang mulia.
  • Besar-besarkanlah idea-idea anda.
  • Berikanlah cabaran.

9 cara untuk mengubah orang tanpa menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa geram

  • Mulakanlah perbualan dengan pujukan dan penghargaan yang jujur.
  • Tariklah perhatian kepada kesilapan-kesilapan orang itu secara tidak langsung.
  • Cakaplah tentang kesilapan-kesilapan anda dahulu.
  • Tanyalah soalan berbanding memberi arahan-arahan langsung.
  • Benarkanlah orang itu tidak mendapat malu.
  • Pujuklah setiap perbaikan.
  • Berilah reputasi yang baik untuk mereka mencapai.
  • Galakkanlah mereka dengan membuat kesilapan-kesilapan mereka dapat dibetulkan dengan mudah.
  • Buatkanlah orang itu berasa gembira terhadap pembuatan yang anda cadangkan.